Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam menunjukkan harga membuat kejatuhan drastik ekoran matawang AUD terus lemah disebabkan pasaran kembali dilihat berisiko (risk-off). Setelah harga menguji paras resistance 0.72350 dan gagal menembusinya, harga terus turun melepasi paras 0.72100 sehingga ke paras 0.71700. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah turun dari paras resistance MagicR1 melepasi paras Magic Pivot semalam dan juga melepasi ketiga-tiga paras support pada sesi pasaran Eropah semalam. Kemudian harga membuat kenaikan semula ke paras support MagicS2 dan menutup harga pada paras sekitar support MagicS3.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat telah turun menguji sekali lagi paras support 0.71700 yang dicapai semalam sebelum membuat sedikit kenaikan semula ke paras Magic Pivot 0.7194 hari ini. Harga dilihat gagal membuat lonjakan lebih tinggi dan didagangkan rendah semula di mana harga semasa berada pada paras 0.71810 setakat jam 1.58 petang. Jika harga menyambung penurunan, harga berkemungkinan membuat Lower Low yang baru di sekitar paras support 0.7151 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support yang lebih rendah yang dilihat berada pada paras 0.7118 (MagicS2). Dan jika harga masih mengalami kejatuhan, berkemungkinan harga akan turun melepasi paras 0.70900 sebelum menuju ke paras support 0.7074 (MagicS3).
Sebaliknya, jika harga gagal mengekalkan momentum penurunannya, harga mampu untuk melonjak semula sehingga mencapai paras resistance 0.7227 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Jika harga meneruskan lagi kenaikan, paras yang dilihat berpotensi untuk dituju harga adalah pada paras resistance 0.7271 (MagicR2) sebelum harga naik menguji kembali paras 0.7303 (MagicR3) yang beberapa kali telah diuji harga sebelum ini namun masih gagal menembusi (breakout) paras tersebut.
Pasaran masih melihat AUD sebagai dagangan berisiko berikutan isu perang dagang AS-China yang menyumbang kepada kemerosotan permintaan luaran sekaligus memberi kesan terhadap data PMI di China. Terus ikuti perkembangan berita-berita global semasa yang mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran semasa khususnya pada chart AUD/USD. Dan juga, lihat indicator Moshed Magic Line dalam melengkapkan analisis teknikal harian anda.
Paras support: 0.7151, 0.7118, 0.7074.
Paras resistance: 0.7227, 0.7271, 0.7303.