Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD dilihat masih bergerak rendah dari paras harga 0.70900 di mana matawang USD masih memberi tekanan terhadap Aussie. Pada dagangan Jumaat lalu ketika data pekerjaan NFP dikeluarkan, harga pada mulanya ditekan ke paras support MagicS1 sebelum naik semula ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kembali bergerak menurun ke paras support Magic S1 dan menutup harga di paras sekitarnya.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan perlahan pada awal sesi dan bergerak rendah dari paras Magic Pivot 0.7058 hari ini dan cuba menguji paras tersebut. Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 0.7058, harga akan menuju ke paras resistance 0.7075 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum harga menguji paras resistance 0.70900. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan membuat kenaikan ke paras yang lebih tinggi dan paras yang dilihat berpotensi untuk dicapai adalah pada resistance 0.7103 (MagicR2) atau seterusnya ke paras resistance 0.7120 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga meneruskan kembali momentum penurunan yang dibuat sejak minggu lalu, harga dijangka akan membuat Lower Low yang baru ke paras support 0.7030 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga yang diteruskan bakal melihatkan harga menuju ke paras support 0.7013 (MagicS2) atau harga boleh mencecah ke paras support yang lebih rendah yang dilihat pada paras 0.6984 (MagicS3).
Ikuti perkembangan isu semasa khususnya ekonomi di China dan juga isu perang dagang yang memberi kesan terhadap matawang AUD. Rujuk pada indicator Moshed Magic Line untuk memantau paras support dan resistance yang terbaik pada chart harian anda.
Paras support: 0.7030, 0.7013, 0.6984.
Paras resistance: 0.7075, 0.7103, 0.7120.