Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam dilihat agak sederhana di mana harga menguji paras terendah iaitu support 0.70400 semalam sebelum membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan juga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum menutup harga di paras sekitarnya.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga pada awalnya membuat sedikit penurunan dan menyentuh paras Magic Pivot 0.7065 hari ini sebelum membuat kenaikan sehingga menyentuh paras resistance 0.7090 (MagicR1) dan menguji paras tersebut. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 0.7105 (MagicR2) terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance lebih tinggi yang dilihat berada pada 0.7130 (MagicR3).
Namun, jika harga kembali ditekan semula ke paras lebih rendah, harga bakal membuat penurunan ke paras support 0.7050 (MagicS1) sebelum menguji paras terendah yang dicapai harga semalam iaitu pada 0.70400. Jika harga berjaya breakout paras tersebut dan membuat Lower Low yang baru, harga dijangka akan membuat penurunan ke paras support terdekat yang dilihat pada paras 0.7025 (MagicS2). Seterusnya, jika harga masih menyambung penurunannya, paras support 0.7009 (MagicS3) dilihat paras yang bakal dicecah oleh harga.
Pergerakan harga pada chart AUD/USD dilihat masih bergerak dalam julat harga 0.70900-0.70400. Perhatikan paras-paras penting yang menjadi tumpuan harga pada chart AUD/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mendapatkan posisi dagangan harian yang terbaik.
Paras support: 0.7050, 0.7025, 0.7009.
Paras resistance: 0.7090, 0.7105, 0.7130.