Harga EUR/USD mulai kembali bullish sejak akhir minggu lalu setelah ia breakout wave LH terhampir 1.1895 dan menutup pasaran mingguan dengan membentuk bullish pin bar. Jika diperhatikan dari sudut teknikal, EUR/USD kini berpotensi untuk meneruskan lagi kenaikan selagi ia tidak breakout Key Support/RBS harian 1.1930 setakat ini.
Jika ia membuat kenaikan, target bullish terhampir adalah ke sekitar Key Resistance 1.1985 dan jika breakout, ia berpotensi membentuk new HH sekitar harga 1.2014 atau lebih tinggi ke 1.2060 pada minggu ini.
Oleh itu, kebarangkalian untuk ‘long’ adalah tinggi ketika ini. Walaubagaimanapun, sekiranya EUR/USD breakout Key Support 1.1930, ia berkemungkinan akan bearish dan menguji semula HL 1.1895 sebelum kembali bullish.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI