EUR/USD akhirnya berjaya untuk breakout Key Resistance mingguan 1.2080 pada minggu lalu dan meneruskan lagi kenaikan seperti yang dijangkakan. Jika diperhatikan secara teknikal ketika ini, EUR/USD masih belum menunjukkan petanda-petanda untuk bearish dan mempunyai potensi untuk terus bullish.
Dan jika ia membuat penurunan, harga retracement yang berpotensi dicapai EUR/USD adalah sekitar harga 1.2230 – 1.2185. Dan sekiranya breakout Key Resistance hari ini/Big Round Number 1.2300, EUR/USD berpotensi untuk mencapai ke target seterusnya iaitu 1.2350 atau ke sekitar 1.2400.
Walaubagaimanapun, sekiranya EUR/USD masih gagal untuk breakout Key Resistance 1.2300 ini, EUR/USD akan mulai mengorak langkah untuk bearish.