Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD dilihat membuat penurunan setelah harga tidak berjaya melepasi (breakout) paras resistance 1.17200 yang juga berdekatan dengan paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada Jumaat lalu. Harga membuat penurunan sehingga melepasi paras Magic Pivot dan juga sehingga ke paras support MagicS1. Penurunan yang dibuat berikutan faktor matawang USD yang menguat ekoran daripada ketegangan perang dagang yang dilihat agak reda. Pada sesi pasaran Asia hari ini harga dilihat masih bergerak perlahan dan berada di bawah paras Magic Pivot 1.1655 dan juga paras resistance 1.16500.
Pada sesi pasaran Eropah dibuka sebentar tadi, harga membuat sedikit lonjakan dan menguji paras zon resistance 1.16500 dimana harga cuba breakout paras Magic Pivot namun masih belum berjaya. Harga semasa berada di paras harga sekitar 1.16530 setakat jam 4.43 petang. Jika harga terus membuat lonjakan, jangkaan harga menuju ke paras resistance 1.1689 (MagicR1) sebelum harga dijangka akan menguji paras resistance 1.17200. Jika harga masih berjaya breakout paras-paras tersebut, paras resistance seterusnya yang dilihat sebagai paras yang berkemungkinan dicapai adalah pada resistance 1.1757 (MagicR2) dan paras resistance 1.1790 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga tidak berjaya breakout Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan menyambung penurunan yang dibuat Jumaat lalu dan menuju ke paras support 1.1588 (MagicS1). Seterusnya, harga dijangka akan turun ke paras support 1.1554 (MagicS2) sebelum cuba menguji paras major support di zon 1.15300. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras support lebih rendah di paras 1.1487 (MagicS3).
Pasaran hari ini menanti-nanti tarif tambahan yang bakal dikenakan terhadap barangan China oleh Amerika Syarikat. Sila kawal posisi trade anda dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu analisis teknikal anda.
Paras support: 1.1588, 1.1554, 1.1487.
Paras resistance: 1.1689, 1.1757, 1.1790.