Jika diperhatikan, EUR/USD telah mulai breakout Key Support semalam dan membentuk new LL wave ke arah bearish ketika ini. Sekiranya ia masih berada di bawah paras harga Key Resistance 1.2300 ini, kebarangkalian adalah tinggi untuk ia bearish.
Target bearish terhampir adalah ke sekitar harga 1.2114 dan jika breakout ia akan melakukan retracement penurunan ke target seterusnya iaitu 1.2070. Oleh itu, peluang ‘short’ yang berpotensi adalah sekitar harga 1.2214/00 atau ke 1.2250 bagi membentuk ‘support become resistance’ di timeframe H1 ini sebelum ia bearish.
Tetapi sekiranya ia gagal untuk bearish, EUR/USD akan mulai kembali bullish dan berpotensi mencapai harga Key Resistance semula. Kesimpulannya, secara keseluruhan trend masih dikuasai mood bullish ketika ini dan sebarang penurunan ketika ini adalah retracement selagi ia tidak breakout Key Support mingguan 1.2070/50.