Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam dilihat telah membuat penurunan pada sesi pasaran Asia namun harga mula kembali pantul membuat kenaikan semula pada sesi pasaran Eropah ke paras Magic Pivot semalam. Namun harga kembali membuat penurunan semula pada sesi pasaran New York sehingga menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum mula bergerak perlahan.
Pada sesi pasaran Asia dibuka sejak pagi tadi, harga masih didagangkan perlahan dan berada rendah dari paras Magic Pivot 1.1587 hari ini. Namun harga telah membuat terjunan melepasi paras support 1.1550 (MagicS1) dan menuju ke paras support 1.1525 (MagicS2) pada sesi pasaran Eropah dimana paras ini dilihat berada pada zon major support yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini. Dan jika harga berjaya menembusi(breakout) paras tersebut, harga dijangka akan membuat penurunan sehingga ke paras support 1.1488 (MagicS3).
Namun, pasaran masih berhati-hati menjelang data pekerjaan dan gaji di AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini. Jika pasaran melihat USD melemah, berkemungkinan harga akan membuat kenaikan smula melepasi paras Magic Pivot 1.1587 dan naik ke paras resistance 1.1612 (MagicR1). Seterusnya jika harga meneruskan lagi kenaikannya, harga dilihat akan menguji paras resistance 1.1649 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga boleh mencapai kenaikan ke paras support seterusnya yang berada pada paras 1.1674 (MagicR3).
Pantau perkembangan krisis ekonomi di Itali yang mempengaruhi nilai matawang EURO dalam pasaran dan kawal posisi dagangan anda menjelang data pekerjaan dan gaji di AS pada Jumaat ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda dalam analisis teknikal harian.
Paras support: 1.1550, 1.1525, 1.1488.
Paras resistance: 1.1612, 1.1649, 1.1674.