Pergolakan di zon Eropah masih berterusan dan terus memberi tekanan kepada dagangan matawang EURO. Dilihat pada pergerakan chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam, harga dilihat telah menjunam sehingga 100 pips penurunan harga. Selain itu juga, penurunan harga turut didorong oleh pengukuhan dollar USD setelah kembali mendapat permintaan dalam pasaran ekoran sentimen pasaran yang dilihat kembali berisiko. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga pada mulanya cuba untuk membuat kenaikan dan setelah gagal melepasi paras harga 1.41700, harga telah membuat terjunan melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS2 sebelum bergerak mendatar dan menutup harga di sekitar paras tersebut.
Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih bergerak mendatar dan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1400 hari ini. Jika harga gagal bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut, jangkaan harga akan terus menyambung penurunan yang dilakukan semalam menuju ke paras support 1.1328 (MagicS1) sebelum penurunan yang diteruskan berkemungkinan akan ke paras sekitar 1.1286 (MagicS2). Dan sekiranya momentum penurunan harga pada chart EUR/USD terus dikekalkan, harga bakal meneruskan lagi penurunan untuk menguji zon major support harga sebelum ini sekitar paras 1.1214 (MagicS3) yang gagal ditembusi sebelum ini.
Namun, jika EURO kembali didagangkan mengukuh berbanding USD selepas ini, harga dilihat akan kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan menguji paras resistance 1.1441 (MagicR1) yang dilihat berpotensi untuk menjadi paras SBR (support become resistance) pada chart EUR/USD. Kenaikan seterusnya bakal mencari paras ketinggian yang baru berkemungkinan ke paras resistance pada 1.1514 (MagicR2). Harga yang terus membuat lonjakan seterusnya bakal menguji paras SBR pada Oktober lalu iaitu di paras 1.15300 sebelum harga menuju ke paras resistance 1.1555 (MagicR3) sebagai destinasi ketinggian yang baru.
Terus mengikuti perkembangan krisis belanjawan di zon Eropah dan juga sentimen dalam pasaran semasa. Lihat pada paras harga yang telah disediakan oleh indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mencari posisi dagangan yang terbaik pada chart EUR/USD anda.
Paras support: 1.1328, 1.1286, 1.1214.
Paras resistance: 1.1441, 1.1514, 1.1555.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI