Pergerakan harga pada chart EUR/USD pada dagangan semalam dilihat bergerak mendatar dalam julat harga 50 pips di bawah paras Magic Pivot semalam berikutan kebimbangan pasaran terhadap ketidaktentuan krisis bajet Itali yang menjejaskan nilai matawang Euro. Harga dilihat gagal menyambung penurunan yang dibuat pada dagangan Isnin sebelumnya dan bergerak di sekitar paras support 1.14600. Penganalisis pasaran berpendapat isu bajet Itali akan menimbulkan keraguan dalam pasaran sama ada ECB dapat menaikkan kadar faedah pada tahun hadapan.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan pada permulaan sesi dan pergerakan harga hanya di sekitar paras Magic Pivot 1.1467 hari ini sahaja dan cuba untuk membuat penurunan. Jika harga terus didagangkan lebih rendah dari paras 1.14600, berkemungkinan harga akan membuat penurunan ke paras support 1.1440 di mana paras ini telah diuji harga pada dagangan semalam dan juga Jumaat lalu. Jika harga berjaya breakout paras support itu, harga bakal membuat lower low yang baru ke paras support 1.1412 (MagicS2). Seterusnya jika EURO berterusan didagangkan lemah berbanding USD, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support 1.1385 (MagicS3).
Namun, jika harga dilihat gagal membuat penurunan lebih rendah dan krisis bajet di Itali mula memberikan gambaran yang positif, Euro bakal melonjakkan harga ke paras lebih tinggi. Paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah resistance yang terdekat iaitu pada 1.1495 (MagicR1). Seterusnya, harga dijangka akan meneruskan lagi kenaikan sehingga ke paras resistance 1.1521 (MagicR2) yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance). Dan jika harga masih mampu membuat sedikit lagi kenaikan dari paras tersebut, pasaran akan menunggu reaksi harga pada paras resistance 1.1550 (MagicR3) untuk harga menguji paras ketinggian yang dicapai harga pada Isnin lalu.
Kesatuan Eropah memintai Itali agar menghantar perancangan bajet yang baru dalam masa terdekat atau Itali bakal berdepan tindakan disiplin. Terus ikuti perkembangan krisis bajet tersebut yang masih membayangi Euro dalam pasaran semasa. Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan berpandukan paras yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 1.1440, 1.1412, 1.1385.
Paras resistance: 1.1495, 1.1521, 1.1550.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI