Pergerakan pasaran dijangka akan terus bergerak perlahan pada minggu terakhir dagangan tahun ini. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga membuat kenaikan pada dagangan Isnin dari paras tumpuan 1.13550 naik melepasi paras Magic Pivot dan hampir menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line untuk mencatatkan paras tertinggi harian sebelum kembali ke paras Magic Pivot semula untuk menutup dagangan di sekitar paras tersebut.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan di atas paras Magic Pivot 1.1401 hari ini dan cuba menguji paras tersebut pada dagangan awal sesi namun gagal lepasi ke paras lebih rendah. Jika harga menunjukkan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance terdekat yang dilihat pada 1.1442 (MagicR1). Kenaikan harga lebih tinggi dari paras tersebut bakal menguji paras tertinggi pada chart EUR/USD untuk bulan Disember di sekitar paras 1.1480 (MagicR2). Seterusnya jika harga berjaya melepasi paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru pada kenaikan seterusnya berkemungkinan mencapai paras sekitar 1.1521 (MagicR3).
Namun, jika harga menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga dilihat akan kembali menguji paras tumpuan sebelum ini di sekitar support 1.1363 (MagicS1). Harga yang menyambung penurunan lebih rendah dijangka akan menuju ke paras support 1.1321 (MagicS2) sebelum penurunan seterusnya bakal menguji zon support yang gagal ditembusi harga sebelum ini di sekitar paras 1.1283 (MagicS3).
Kawal dagangan anda untuk penghujung dagangan tahun ini berikutan kecairan yang rendah dalam pasaran menyukarkan jangkaan pergerakan harga. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk memantau paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD untuk catatan pada analisis anda.
Paras support: 1.1363, 1.1321, 1.1283.
Paras resistance: 1.1442, 1.1480, 1.1521.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI