Setelah pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD semalam sedikit membuat penurunan pada sesi pasaran Asia, harga kembali membuat lonjakan melepasi paras Magic Pivot semalam namun tidak berjaya menyentuh paras major resistance 1.18000. Kemudian harga kembali ditekan semula ke paras Magic Pivot setelah USD kembali mengukuh ekoran data keyakinan pengguna di Amerika Syarikat melonjak ke paras tertinggi sejak tahun 2000. Namun pergerakan harga kembali mendatar berikutan pelabur dan pemain pasaran lebih berhati-hati menjelang pengumuman dasar FOMC awal pagi Khamis.
Pada sesi pasaran Asia, harga didagangkan perlahan dan bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot 1.1763. Pergerakan harga dijangka perlahan sehingga sesi pasaran New York malam ini. Jika harga membuat lonjakan, jangkaan harga akan melepasi paras 1.1795 (MagicR1) yang berada pada zon major resistance yang beberapa kali diuji harga sebelum ini. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, harga akan melonjak menuju ke paras resistance 1.1825 (MagicR2) dan seterusnya bakal mencapai paras resistance 1.1857 (MagicR3).
Namun jika USD mengukuh setelah pengumuman dasar kenaikan kadar faedah, dijangka harga akan membuat terjunan melepasi paras support 1.1733 (MagicS1) di mana harga perlu menguji paras RBS (resistance become support) 1.17200. Dan jika harga terus membuat terjunan, paras support yang dilihat bakal dituju harga adalah pada paras 1.1701 (MagicS2) sebelum harga turun lebih rendah ke paras support 1.1671 (MagicS3).
Hanya beberapa jam sahaja lagi untuk menunggu pengumuman dasar FOMC awal pagi nanti. Diingatkan kepada semua trader untuk mengawal posisi trading anda sebaik mungkin dan lihat juga paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan anda.
Paras support: 1.1733, 1.1701, 1.1671.
Paras resistance: 1.1795, 1.1825, 1.1857.