Perbezaan pergerakan harga yang besar (volatile) semalam dilihat pada pasangan matawang EUR/USD setelah Federal Reserve telah menaikkan kadar faedahnya kepada 2.25% seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Namun kemudiannya, perdebatan berlaku dalam menilai pasaran sama ada hawkish atau dovish setelah bank pusat menggugurkan perkataan “accommodative” di dalam kenyataan awal yang dikeluarkan pada jam 2 pagi. Pada sesi pasaran Eropah semalam, dilihat USD sedikit menekan harga dari paras Magic Pivot ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Namun, harga mula membuat kenaikan pada sesi pasaran New York ke paras Magic Pivot semula menjelang pengumuman dasar FOMC semalam. Setelah kenaikan kadar faedah diumumkan, pergerakan volatile harga dilihat membuat kenaikan sehingga menyentuh paras resistance MagicR1 dan juga bergerak turun menyentuh paras support MagicS1.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1753 dan menguji paras tersebut namun tidak berjaya melepasinya (breakout). Harga kemudian dilihat telah membuat terjunan melepasi paras RBS (resistance become support) pada 1.17200 terlebih dahulu sebelum menuju ke paras support 1.1708 (MagicS1). Penurunan harga diteruskan sepertinya akan menuju ke paras support seterusnya iaitu pada 1.1680 (MagicS2). Jika harga masih ditekan lebih rendah, pasaran akan melihat reaksi harga pada paras RBS 1.16500 dahulu dan jika paras tersebut berjaya ditembusi, paras support 1.1636 (MagicS3) adalah paras yang berpotensi dicecah harga.
Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan, jangkaan paras resistance 1.1781 (MagicR1) bakal ditembusi sebelum harga cuba menguji paras resistance 1.18000 yang masih belum berjaya ditembusi sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 1.1825 (MagicR2) dan seterusnya ke paras resistance yang lebih tinggi dilihat berada pada paras 1.1853 (MagicR3).
Terus ikuti perkembangan dasar monetari oleh Federal Reserve dan juga ulasan-ulasan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jerome Powell yang bakal memberi reaksi pasaran terhadap matawang USD. Lihat indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras tumpuan harga pada chart EUR/USD ini.
Paras support: 1.1708, 1.1680, 1.1636.
Paras resistance: 1.1781, 1.1825, 1.1853.