Data KDNK (GDP) zon Eropah yang dikeluarkan semalam mencatatkan bacaan 0.2% lebih rendah daripada jangkaan 0.4% seperti data sebelumnya. Hal ini memberi kesan terhadap matawang Euro yang gagal mengukuh semula berbanding matawang USD di mana jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga gagal melepasi paras lebih tinggi dari Magic Pivot semalam setelah mengujinya beberapa kali dan turun ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Harga bergerak perlahan pada lewat sesi pasaran New York sebelum menutup harga berhampiran paras support sebelum ini sekitar 1.13400.
Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kelihatan masih bergerak perlahan pada paras 1.13400 sejak permulaan sesi dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1356 hari ini. Jika harga gagal membuat kenaikan semula, jangkaan harga akan meneruskan siri penurunan sebelum ini dan akan ke paras support 1.1325 (MagicS1). Seterusnya, harga akan meneruskan penurunan mencari paras lower low yang baru berkemungkinan ke paras support 1.1309 (MagicS2) yang merupakan paras terendah dicapai harga pada Ogos lalu. Jika harga berjaya breakout paras support tersebut, pasaran bakal menyaksikan paras terendah yang baru dicapai harga dan dijangka paras 1.1278 (MagicS3) akan menjadi tumpuan.
Namun, jika harga dilihat gagal membuat paras lower low yang baru dan cuba untuk membuat kenaikan semula, paras awal yang dijangka akan dituju harga adalah pada resistance 1.1373 (MagicR1) setelah harga berjaya melepasi paras Magic Pivot hari ini. Kemudiannya, harga berkemungkinan akan menguji paras ketinggian harga pada Isnin lalu menuju ke paras resistance 1.1404 (MagicR2) terlebih dahulu. Seterusnya, paras resistance yang lebih tinggi iaitu pada 1.1420 (MagicR3) pula dilihat akan menjadi destinasi harga seterusnya yang menghampiri zon SBR (support become resistance).
Sentiasa kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin pada chart EUR/USD ini dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan harga. Untuk teknikal analisis pula, rujuk indicator Moshed Magic Line yang memberikan paras tumpuan harga yang terbaik untuk posisi dagangan anda.
Paras support: 1.1325, 1.1309, 1.1278.
Paras resistance: 1.1373, 1.1404, 1.1420.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI