Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam melihatkan harga melonjak pada sesi pasaran Asia selepas laporan berkenaan krisis kewangan di Itali kembali positif. Harga melonjak dari paras Magic Pivot semalam sehingga ke paras resistance MagicR1 sebelum harga kembali ditekan semula pada sesi pasaran London bersambung ke sesi pasaran New York dengan pengukuhan matawang USD berikutan data ekonomi yang memberangsangkan serta pasaran buruh yang kukuh meningkatkan jangkaan data NFP yang positif pada Jumaat. Penurunan yang dibuat harga dilihat melepasi paras Magic Pivot sehingga turun menyentuh paras support MagicS2 sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.
Pada pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan perlahan dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1510 hari ini. Jika USD terus mengukuh menjelang data NFP yang bakal dikeluarkan malam esok, jangkaan harga akan ditekan lebih rendah menuju ke paras support 1.1427 (MagicS1) sebelum menguji paras support 1.1380 (MagicS2) yang berada di paras tumpuan harga sebelum ini. Dan jika penurunan harga diteruskan, pasaran akan memberi tumpuan terhadap paras support 1.1297 (MagicS3) yang dilihat berada paras major support yang tidak berjaya ditembusi (breakout) harga sebelum ini yang pernah dicecah harga pada Ogos lalu.
Namun, jika harga kembali membuat lonjakan semula, harga berkemungkinan akan naik melepasi paras Magic Pivot 1.1510 dan menuju ke paras resistance 1.1558 (MagicR1). Dan jika harga masih mengekalkan momentum lonjakan yang dibuat, harga mampu membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 1.1641 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi berkemungkinan ke paras resistance 1.1688 (MagicR3).
Pasaran lebih berhati-hati menjelang data NFP yang akan dikeluarkan pada malam esok dan pergerakan harga dalam pasaran berkemungkinan sedikit tidak menentu. Kawal posisi trade anda sebaik mungkin dan lihat paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda.
Paras support: 1.1427, 1.1380, 1.1297.
Paras resistance: 1.1558, 1.1641, 1.1688.