Pergerakan harga bagi EUR/USD ketika ini masih dalam mood bullish(HL,HH,HH,HH). Dan jika diperhatikan, ia gagal untuk membentuk new HH selepas tidak berjaya breakout Key Resistance dan mulai bearish.
EUR/USD kini berpotensi membentuk pattern bullish rectangle sekiranya harga masih berada di atas paras Key Support 1.2000. Jika breakout, berkemungkinan ia akan bearish retrace ke support mingguan yang lebih significant sekitar harga 1.1950/60(rujuk timeframe daily) yang berpotensi membentuk new HL dalam pergerakan wave daily.
Oleh itu, kebarangkalian masih tinggi untuk EUR/USD melakukan pergerakan bulish pada minggu ini selagi ia tidak breakout harga 1.1950. Dan target bullish terhampir adalah sekitar Key Resistance 1.2080, 1.2114 atau lebih tinggi sekitar harga 1.2150 pada minggu ini.