Jika diperhatikan, pergerakan momentum wave ke arah bullish masih dikuasai ketika ini. Dijangkakan, mood bullish ini akan berterusan pada minggu ini dan peluang re-entry yang boleh diperhatikan ketika ini adalah pullback.
Sekiranya ia gagal untuk breakout resistance terhampir 1.2460/50, EUR/USD berpotensi untuk melakukan retracement penurunan, dan target pullback adalah ke sekitar harga 1.2350/1.2300 sebelum ia kembali bullish semula.
Oleh itu, penting untuk memperhatikan apakah pattern yang berpotensi terbentuk di sekitar harga jangkaan untuk ia pullback iaitu Key Support Zone ini sebelum memasuki pasaran. Walaubagaimanapun, jika ia terus breakout 1.2460 tanpa melakukan pullback, EUR/USD akan terus bullish ke target bullish seterusnya iaitu 1.2550/1.2500 pada hari ini.