Jika diperhatikan, GBP/JPY gagal untk terus bullish selepas ia breakout trendline dan juga support terhampir sekitar harga 152.50. Kejatuhan semalam dicatatkan hampir 210 pips dan jika diperhatikan ketika ini, GBP/JPY berpotensi untuk membentuk pattern ‘head & shoulder’ (rujuk timeframe yang lebih kecil) untuk mulai melakukan pullback kenaikan.
Pattern ini dianggap valid sekiranya ia masih tidak breakout 150.40. Target bullish terhampir adalah sekitar 151.20 atau ke 151.80 iaitu Key Resistance. Jika breakout Key Support, GBP/JPY akan terus bearish dan mencapai ke support seterusnya iaitu 149.80.