Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY turut dilihat membuat lonjakan setelah matawang Sterling kembali mengukuh berikutan laporan mengenai rundingan Brexit yang positif kembali meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap dagangan GBP. Sementara matawang Yen pula mengalami penyusutan nilai ekoran sentimen pasaran semasa kembali pulih. Secara teknikal, harga telah membuat kenaikan menguji paras Magic Pivot sejak sesi pasaran Asia semalam sebelum lonjakan harga yang berlaku melihatkan harga berjaya melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum menutup harga sedikit rendah sekitar paras RBS (resistance become support) pada 147.400.
Namun, harga telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot 147.433 hari ini sebaik sahaja dagangan sesi Asia bermula sebelum harga bergerak mendatar kemudiannya sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Harga semasa berada sekitar paras 148.000 setakat jam 3.53 petang. Jika harga berjaya membuat kenaikan, paras resistance terhampir yang akan dituju harga adalah pada paras 148.872 (MagicR1). Kemudiannya, harga akan menuju pula ke paras resistance 150.170 (MagicR2) untuk harga mencari paras ketinggian yang baru mengatasi ketinggian harga minggu lalu. Dan sekiranya harga terus berjaya mengekalkan lonjakan, harga dilihat berpotensi untuk mencapai ketinggian sehingga ke paras sekitar 151.609 (MagicR3).
Sebaliknya, jika Sterling kembali didagangkan lemah dan harga bergerak rendah dari paras Magic Pivot, berkemungkinan harga lebih cenderung menyambung penurunan semula ke paras support 146.135 (MagicS1) untuk harga menguji paras terendah harga semalam. Seterusnya, harga yang berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, paras support pada 144.696 (MagicS2) dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya pada chart GBP/JPY. Penurunan harga yang masih berlaku bakal melihatkan harga mencecah sehingga ke paras 143.398 (MagicS3).
Terus pantau perubahan sentimen pasaran semasa dan juga perkembangan rundingan Brexit yang dilihat sudah berada pada fasa terakhir. Namun, tetap berwaspada terhadap sebarang kemungkinan dan kawal risiko dagangan anda dengan mencari paras-paras posisi yang sesuai pada chart GBP/JPY dengan berpandukan kepada indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 146.135, 144.696, 143.398.
Paras resistance: 148.872, 150.170, 151.609.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI