Harga GBP/JPY ketika ini hampir bullish sebanyak 260 pips setelah ia gagal untuk breakout Key Support yang berada di sekitar harga 150.40/30. Secara teknikal, GBP/JPY telah membentuk bullish morobozu Jumaat lalu dan kini berpotensi untuk membentuk wave ke arah bullish disebabkan ia telah breakout previous LH 152.50. Dan sekiranya ia masih berada di atas paras harga Key Support 151.90, ia berpotensi tinggi untuk bullish pada minggu ini.
Target yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar harga Key Resistance Zone dan jika breakout ia akan mencapai ke harga yang lebih tinggi iaitu 154.14/00 bagi membentuk new HH. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support 151.90 ini, kebarangkalian untuk ia bullish adalah tinggi ketika ini secara teknikalnya.