Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan semalam menunjukkan pergerakan yang agak mendatar selepasi penurunan drastik dibuat pada Jumaat lepas. Harga dilihat beberapa kali menguji paras support MagicS1 pada indicator MagicS1 namun gagal menekan harga ke paras lebih rendah di mana kedua-dua matawang Sterling dan Yen masing-masing didagangkan lemah dalam pasaran semasa.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dibuka di sekitar paras Magic Pivot 146.956 hari ini membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 147.416 (MagicS1). Bersambung pada awal sesi pasaran Eropah, harga melonjak dan menguji paras resistance 147.880 (MagicS1) setelah komen positif oleh menteri-menteri Eropah berkenaan rundingan Brexit yang optimis menjelang sidang kemuncak EU. Harga semasa dilihat masih menguji paras resistance MagicR2 setakat jam 3.40 petang. Jika harga masih meneruskan kenaikan yang dibuat, harga dijangka akan menuju ke paras resistance seterusnya pada paras 148.340 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga kembali mengalami kejatuhan semula dan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 149.956, harga menuju semula paras support 146.492 (MagicS1) untuk menguji paras terendah dicapai semalam. Dan jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah dari paras tersebut, paras support 146.032 (MagicS2) dilihat paras yang bakal menjadi tumpuan harga. Dan seterusnya, jika penurunan harga masih diteruskan, pasaran akan melihat reaksi harga menguji support 145.568 (MagicS3) yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini.
Terus ikuti perkembangan semasa berkaitan isu rundingan Brexit yang semakin hampir mencapai kesepakatan. Sebarang perubahan dalam syarat rundingan bakal memberi impak besar terhadap pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini khususnya. Bandingkan paras support dan resistance anda dengan paras harga yang ditunjuk pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan dalam analisis teknikal anda.
Paras support: 146.492, 146.032, 145.568.
Paras resistance: 147.416, 147.880, 148.340.