Matawang GBP didagangkan lemah berbanding Yen pada dagangan semalam setelah data inflasi di UK mencatatkan bacaan yang mengecewakan. Selain itu, tumpuan pasaran adalah kepada sidang perhimpunan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) yang berlangsung semalam dan bersambung ke hari ini. Perkembangan Brexit masih belum mampu untuk meningkatkan keyakinan para pelabur di mana tempoh jangka masa rundingan tersebut akan dilanjutkan setahun lagi untuk meneliti isu-isu seperti sempadan Ireland untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada semua pihak. Oleh itu, harga dilihat telah membuat penurunan semalam sehingga melepasi paras Magic Pivot dan hampir menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga pantul semula dan menutup harga pada sekitar Magic Pivot.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga yang didagangkan sekitar paras Magic Pivot 147.657 hari ini telah membuat penurunan sejak permulaan sesi dan menuju ke paras support 147.064 (MagicS1). Harga semasa didagangkan pada paras 147.250 setakat jam 3.10 petang. Jika GBP terus didagangkan lemah dan harga berjaya turun lebih rendah dari paras support MagicS1, jangkaan harga akan menuju ke paras support pada 146.453 (MagicS2) untuk menguji zon support yang gagal ditembusi harga sebelum ini. Seterusnya, jika harga berjaya mengekalkan momentum penurunan yang dibuat, harga dilihat akan mencari paras lower low dan boleh mencecah penurunan ke paras support 145.860 (MagicS3).
Sebaliknya, jika GBP kembali mengukuh semula berbanding JPY, pasaran berkemungkinan menjangkakan harga melonjak naik melepasi Magic Pivot 147.657 dan menuju ke paras resistance 148.268 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian harga untuk minggu ini. Jika harga berjaya membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, paras resistance 148.861 (MagicR2) dilihat sebagai paras yang menjadi tumpuan harga. Seterusnya, pengukuhan GBP yang masih mampu melonjakkan lagi harga bakal melihatkan harga naik menguji pula paras resistance 149.472 (MagicR3) dan pasaran akan melihat reaksi harga pada paras tersebut sama ada mampukah harga mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada awal Oktober ini.
Terus ikuti perkembangan sidang kemuncak EU yang banyak mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Juga pasaran akan meneliti data jualan runcit di UK yang dikeluarkan pada 4.30 petang. Dan bagi memudahkan lagi analisis teknikal harian anda, rujuk pada indicator Moshed Magic Line yang telah menyediakan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart trading anda.
Paras support: 147.064, 146.453, 145.860.
Paras resistance: 148.268, 148.861, 149.472.