Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY dilihat membuat sedikit penurunan semula dari paras resistance MagicR1 ke paras RBS (resistance become support) di 147.00 dan juga Magic Pivot sebelum membuat kenaikan semula melepasi paras resistance MagicR1 namun tidak berjaya menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan agak perlahan di mana harga bergerak lebih tinggi dari Magic Pivot 147.460.
Data indeks harga pengguna yang dikeluarkan pada petang ini mencatatkan bacaan positif dan menguatkan matawang GBP dimana harga telah membuat sedikit kenaikan ke paras resistance 148.146 (MagicR1). Harga sepertinya ingin menuju ke paras resistance 148.594 (MagicR2) di mana jika harga berjaya melepasi paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 149.280 (MagicR3) di mana pasaran akan melihat harga menguji paras zon tersebut yang telah diuji pada Julai lalu namun harga tidak berjaya menembusinya (breakout).
Sebaliknya, jika harga membuat penurunan, dijangka harga akan turun semula ke paras Magic Pivot dan menguji semula support 147.012 (MagicS1) yang juga merupakan zon RBS (resistance become support) sebelum ini. Kemudiannya, harga dijangka akan membuat penurunan ke paras support 146.326 (MagicS2) dan seterusnya paras support yang terdekat adalah pada support 145.878 (MagicS3). Di situ juga dilihat berdekatan dengan paras zon RBS sebelum ini pada paras 145.600.
Data-data yang baik dan rundingan Brexit yang dilihat positif menyumbang kepada pengukuhan nilai GBP dan juga kenaikan harga pada chart GBP/JPY. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam analisis teknikal anda.
Paras support: 147.012, 146.326, 145.878.
Paras resistance: 148.146, 148.594, 149.280.