Matawang GBP dilihat mendapat sedikit momentum untuk kenaikan setelah data jualan runcit di UK mencatatkan bacaan positif. Pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan semalam melihatkan harga membuat Higher High yang baru hampir menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum turun semula ke paras Magic Pivot. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan dan bergerak rendah pada paras Magic Pivot 147.732 sebelum harga membuat kenaikan menuju ke paras resistance 148.318 (MagicR1) di mana harga semasa berada pada paras 148.185 setakat jam 5.12 petang.
Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1, harga dijangka akan menguji paras resistance 149.108 (MagicR2) yang juga dilihat sebagai satu zon major resistance yang menjadi tumpuan harga. Jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), jangkaan paras resistance yang bakal dicapai adalah pada paras 149.694 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan semula, harga perlu menguji paras RBS (resistance become support) pada 147.000 yang juga berhampiran dengan paras support 146.942 (MagicS1). Jika harga masih mengalami kejatuhan, harga dijangka akan melepasi paras support 146.356 (MagicS2) terlebih dahulu sebelum menuju ke paras support 145.566 (MagicS3) yang akan menjadi tumpuan pasaran untuk melihat reaksi harga pada paras tersebut.
Adakah GBP/JPY bakal membuat Higher High yang baru? Terus ikuti analisis teknikal yang dikongsikan pada anda setiap hari dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan analisis teknikal anda.
Paras support: 146.942, 146.356, 145.566.
Paras resistance: 148.318, 149.108, 149.694.