Isu Brexit yang terus berlarutan dengan perkembangan yang perlahan melihatkan penurunan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY. Matawang Yen yang mendapat permintaan di atas pasaran yang dilihat berisiko menambahkan lagi tekanan terhadap matawang Sterling. Pergerakan harga pada dagangan semalam menunjukkan harga pada mulanya telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot semalam sehingga menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kemudiannya telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS1 dan menutup harga di sekitar paras tersebut.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang kelihatannya bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 146.572 hari ini meneruskan penurunan yang dibuat sejak semalam sehingga ke paras support 145.565 (MagicS1) bersambung ke sesi pasaran Eropah. Sepertinya harga mula mencari pasar lower low yang baru mengatasi paras low yang dicapai pada Khamis lalu. Harga yang meneruskan lagi penurunannya bakal menuju pula ke paras support seterusnya yang barada di paras 145.023 (MagicS2) sebelum momentum penurunan yang terus dikekalkan menjangkakan harga mencecah sehingga ke paras serendah 144.016 (MagicS3).
Namun, jika harga gagal membuat penurunan lebih rendah dan matawang GBP kembali menerima berita positif berkenaan rundingan Brexit, harga boleh melonjak semula sehingga melepasi paras Magic Pivot 145.572 dan akan menuju ke paras resistance 147.114 (MagicR1). Seterusnya, harga yang berjaya meneruskan kenaikan melepasi paras ketinggian harga semalam, dijangka paras resistance pada 148.114 (MagicR1) bakal menjadi destinasi kenaikan harga yang seterusnya. Dan sekiranya harga masih mampu membuat kenaikan lebih tinggi, jangkaan harga akan mencapai paras ketinggian baru di paras 148.663 (MagicR3).
Terus ikuti perkembangan drama Brexit dan juga perubahan sentimen dalam pasaran semasa di mana faktor-faktor ini adalah penyumbang besar terhadap pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Teliti juga paras harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line pada chart GBP/JPY sebagai rujukan analisis teknikal anda.
Paras support: 145.565, 145.023, 144.016.
Paras resistance: 147.114, 148.121, 148.663.