Matawang Yen dilihat lebih mengukuh berbanding Sterling pada dagangan semalam. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY semalam melihatkan harga membuat penurunan dan menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line beberapa kali namun tidak berjaya membuat penurunan ke paras lebih rendah. Selain dari isu rundingan Brexit, GBP dilihat turut diberi tekanan dengan Yen yang lebih mendominasi atas faktor kelebihan sentimen pasaran yang berisiko.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat kenaikan dari paras Magic Pivot 145.868 menuju ke paras resistance 146.458 (MagicR1) sebelum harga kembali membuat penurunan semula bersambung ke sesi pasaran Eropah dan telah melepasi paras Magic Pivot. Harga semasa dilihat sedang menguji paras 145.600 setakat jam 3.39 petang. Harga dilihat bakal membuat penurunan menuju ke paras support 145.345 (MagicS1) untuk menguji paras terendah yang dicapai harga pada sesi dagangan semalam. Kemudiannya, jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras terendah yang baru dan berkemungkinan menuju ke paras support 144.755 (MagicS2). Penurunan harga yang masih diteruskan lagi berkemungkinan melihatkan harga mencecah sehingga ke paras serendah 144.232 (MagicS3).
Namun, jika harga gagal tembusi paras support 145.600 dan membuat kenaikan semula, jangkaan harga akan melonjak semula sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan menguji pula paras resistance yang terletak di paras 146.981 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih mampu meneruskan lagi kenaikan, pasaran akan menunggu reaksi harga pada resistance 147.571 (MagicR3) sama ada berjayakah harga membuat higher high yang baru mengatasi paras ketinggian pada Isnin lalu.
Trade dengan berhati-hati dan sentiasi mengambil tahu perkembangan utama dalam pasaran seperti isu rundingan Brexit, perang dagang, krisis bajet Itali, dan pelbagai lagi yang mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan utama anda semasa membuat analisis teknikal setiap hari.
Paras support: 145.345, 144.755, 144.232.
Paras resistance: 146.458, 146.981, 147.571.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI