Berdasarkan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada sesi dagangan semalam, harga yang pada mulanya membuat kenaikan menguji paras resistance MagicR1 kemudiannya telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum melantun semula dan menutup harga berhampiran paras Magic Pivot.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan berlegar membuat kenaikan di sekitar paras Magic Pivot 143.759 hari ini. Harga semasa didagangkan pada paras sekitar 143.900 setakat jam 3.42 petang. Harga yang meneruskan kenaikan bakal menyentuh paras resistance 144.314 (MagicR1) untuk harga menguji paras ketinggian harga semalam. Kemudiannya, jangkaan harga akan menuju pula ke paras 144.939 (MagicR2) yang dilihat menjadi paras resistance harga sebelum ini. Seterusnya, harga yang masih mengekalkan momentum kenaikan harga bakal melihatkan harga menguji paras SBR (support become resistance) pada 145.494 (MagicR3) yang juga merupakan paras resistance pada indicator Moshed Magic Line.
Sementara itu, sekiranya Yen berjaya menekan harga ke paras lebih rendah, harga dilihat akan membuat penurunan ke paras support yang terdekat iaitu pada 143.134 (MagicS1). Harga yang meneruskan penurunan akan menguji pula paras support 142.579 (MagicS2) untuk harga menguji paras terendah dicapai harga pada bulan Oktober ini. Dan sekiranya harga ingin membuat paras lower low yang terbaru, penurunan harga dijangka boleh mencecah sehingga ke paras support serendah 141.954 (MagicS3).
Sentiasa mengambil kira faktor yang menyumbang kepada sebarang perubahan dalam sentimen pasaran yang turut memberi kesan kepada pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Turut ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih berlarutan sehingga kini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam panduan analisis teknikal seharian anda.
Paras support: 143.134, 142.579, 141.954.
Paras resistance: 144.314, 144.939, 145.494.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI