Seperti sebelum ini, pergerakan harga pada chart GBP/JPY dilihat membuat kenaikan dan penurunan dengan kadar sederhana di mana pada dagangan semalam, harga bergerak di antara paras Magic Pivot dan resistance MagicR1. Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat turun mencecah paras Magic Pivot 148.186 sebelum membuat kenaikan semula menguji paras resistance 148.672 (MagicR1) dan dilihat masih gagal melepasi paras tersebut di mana harga semasa berada di paras 148.430 setakat jam 4.04 petang.
Jika harga berjaya membuat kenaikan dan melepasi paras resistance MagicR1, harga dijangka akan meneruskan kenaikan dan menguji paras resistance 149.119 (MagicR2) yang berada pada paras tumpuan harga sebelum ini. Dan jika harga masih mampu melonjak lebih tinggi, paras yang dilihat akan dicapai harga berada di resistance 149.605 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line.
Namun, jika harga mengalami kejatuhan semula, jangkaan harga akan membuat penurunan ke paras support 147.739 (MagicS1) sebelum harga menuju ke paras support yang berada di paras lebih rendah iaitu pada 147.253 (MagicS2). Kemudian, pasaran akan menunggu reaksi harga pada paras major support 147.00 di mana jika harga berjaya menembusi (breakout) paras ini, jangkaan harga akan mencecah penurunan sehingga ke paras support 146.806 (MagicS3).
Terus ikuti perkembangan drama Brexit yang masih belum berakhir di mana pasaran melihat rundingan tersebut optimis untuk mencapai persetujuan. Tumpuan pasaran adalah pada data NFP yang bakal dikeluarkan beberapa jam sahaja lagi. Lihat pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras-paras terbaik untuk posisi dagangan harian anda.
Paras support: 147.739, 147.253, 146.806.
Paras resistance: 148.672, 149.119, 149.605.