
Sementara itu, jangkaan pasaran dalam keadaan risk-off turut memberi kesan kurang baik terhadap matawang NZD berikutan isu politik yang berlaku di Australia. Selain itu, turut memberi kesan kepada matawang Kiwi itu adalah isu tarif antara AS-China yang dijangka akan terus meningkat. Ia sekaligus membuatkan pelabur akan beralih daripada pasaran yang berisiko seterusnya akan melemahkan matawang NZD ekoran permintaan yang berkurangan.
Pergerakan harga bagi matawang GBP berbanding NZD dilihat mendatar sepanjang minggu ini dimana harga masih berlegar di bawah paras resistance 1.93000. Harga masih dilihat bergerak perlahan dan telah berada di atas garisan Moving Average 100 (MA100) di mana harga semasa berada di zon resistance 1.93000 setakat jam 3.30 petang.
Jika GBP terus menguat dan berjaya menembusi(breakout) paras resistance 1.93000, harga berpotensi untuk mencapai paras resistance 1.94300 yang telah dicapai awal Ogos ini. Namun, sebaliknya jika harga terus mengalami kejatuhan, paras support semasa yang berkemungkinan untuk dicapai adalah di zon paras 1.90800. Tumpuan perlu diberikan terhadap sentimen pasaran global semasa yang tidak menentu dan akan mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran.
Paras support: 1.92087, 1.91537, 1.91082.
Paras resistance: 1.93092, 1.93547, 1.94097.























































