Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD pada Jumaat lalu melihatkan harga telah menembusi (breakout) paras major support 1.30700 dan membuat penurunan sehingga menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Kejatuhan nilai GBP adalah berikutan semakan penurunan pada data pertumbuhan di UK. Namun harga sedikit melonjak ke paras support MagicS1 pada sesi pasaran New York berkemungkinan sesi pengambilan keuntungan sebagai penutup penghujung suku ketiga tahun ini.
Pada sesi pasaran Asia hari ni, harga masih didagangkan perlahan di mana harga masih bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.3037 hari ini setelah harga menyentuh paras tersebut pada awal sesi. Jika harga meneruskan penurunan yang dibuat pada minggu lalu, paras support 1.2986 (MagicS1) dilihat bakal dituju harga. Jika harga masih menyambung momentum penurunannya, harga dijangka akan turun lebih rendah ke paras support 1.2947 (MagicS2). Seterusnya, pasaran akan memberi perhatian reaksi harga pada paras support 1.2895 (MagicS) di mana paras tersebut juga dilihat sebagai paras yang menjadi tumpuan harga dalam pasaran.
Sebaliknya, jika pasaran melihat USD melemah menjelang data pekerjaan pada Jumaat ini, berkemungkinan harga mampu membuat kenaikan kembali namun perlu menguji terlebih dahulu paras SBR (support become resistance) 1.30700 sebelum menuju ke paras resistance terdekat iaitu di 1.3077 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line. Jika harga telah berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, berkemungkinan harga mampu melonjak sehingga ke paras resistance seterusnya di 1.3128 (MagicR2). Seterusnya, jika harga masih meneruskan kenaikannya, jangkaan harga berpotensi untuk mencapai paras resistance 1.3168 (MagicR3) atau terus menguji paras resistance 1.32000 yang gagal ditembusi harga sebelum ini.
Kawal trade anda menjelang data NFP hujung minggu ini dan pantau juga perkembangan rundingan Brexit yang turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/USD ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras-paras terbaik bagi posisi trade anda.
Paras support: 1.2986, 1.2947, 1.2895.
Paras resistance: 1.3077, 1.3128, 1.3168.