Matawang GBP terus mengekalkan pengukuhan pada dagangan semalam di mana jika dilihat pada chart GBP/USD, kenaikan yang dibuat harga telah melepasi paras 1.32000 yang menjadi paras resistance sebelum ini. Ini disebabkan oleh Ketua Perunding Brexit bagi Kesatuan Eropah, Barnier yang optimis bahawa perjanjian Brexit bakal ditandatangani pada minggu hadapan. Beliau turut mengatakan perjanjian ini bakal terlaksana jika Perdana Menteri UK, Theresa May bersedia menggugurkan beberapa permintaan khususnya melibatkan isu di sempadan Ireland. Harga yang dilihat didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot pada awal sesi pasaran Asia semalam meneruskan kenaikan sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan menguji paras resistance 1.32000 lewat sesi pasaran New York sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dilihat menyentuh paras Magic Pivot 1.3180 pada permulaan sesi kemudiannya meneruskan semula kenaikan sehingga melepasi paras resistance 1.3229 (MagicR1) untuk membuat Higher High yang baru namun kembali turun semula ke paras sekitar 1.32000 pada awal sesi pasaran Eropah. Harga yang akan meneruskan lagi kenaikannya bakal menyaksikan paras resistance 1.3265 (MagicR2) sebagai paras yang akan dituju harga seterusnya. Dan kemudiannya, harga yang masih mengekalkan momentum kenaikan bakal menguji paras resistance 1.3313 (MagicR3) di mana harga bakal melepasi paras ketinggian yang dicapai pada September lalu.
Namun, sebarang kebarangkalian boleh berlaku apabila disebut berkenaan isu Brexit ini. Jika rundingan ini kembali mendapat reaksi negatif dalam pasaran, dijangka harga bakal mengalami kejatuhan semula di mana harga akan membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3180 hari ini dan kemudiannya menuju ke paras support 1.3144 (MagicS1). Tambahan pula sekiranya USD kembali mengukuh semula, harga bakal turun lebih rendah berkemungkinan ke paras support pada 1.3096 (MagicS2). Seterusnya, harga dilihat akan menguji paras support terdekat iaitu pada 1.3060 (MagicS3) di mana paras ini juga berada pada zon yang menjadi tumpuan harga.
Ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih dilihat positif dalam pasaran dan bakal mencapai persetujuan pada minggu hadapan. Kenalpasti paras support dan resistance pada chart GBP/USD berpandukan indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk posisi dagangan anda dan juga untuk mengurangkan risiko dalam dagangan.
Paras support: 1.3144, 1.3096, 1.3060.
Paras resistance: 1.3229, 1.3265, 1.3313.