GBP/USD telah membentuk new HH sejak minggu lalu, dan jika diperhatikan ia terus bullish semalam ke sekitar harga Big Round Number 1.3814/00. Dijangkakan, sekiranya GBP/USD tidak breakout Key Resistance hari ini, ia berpotensi untuk bearish dan target retracement adalah ke sekitar harga 1.3730/00 sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.
Jika breakout Key Resistance, target terhampir yang berpotensi dicapai adalah 1.3900 atau lebih tinggi ke sektiar 1.4014/00 bagi membentuk new HH. Kesimpulannya, mood bullish masih dikuasai pergerakan GBP/USD ketika ini selagi ia tidak breakout Key Support mingguan 1.3610 dan sebarang penurunan adalah retracement sebelum ia kembali bullish.