Secara keseluruhan, di timeframe daily pergerakan GBP/USD dilihat masih dalam momentum wave ke arah bullish, dan kini ia berpotensi untuk melakukan retracement bearish sekiranya harga di timeframe H1 ketika ini breakout Key Support terhampir iaitu 1.3740, apabila breakout GBP/USD akan membentuk satu reversal pattern ‘double top’ untuk mulai melakukan retracement bearish.
Jika breakout Key Support ini, target terhampir adalah ke sektiar harga Big Round Number iaitu 1.3700 atau lebih rendah ke sekitar harga 1.3640 pada minggu ini. Walaubagaimanapun, reversal pattern ini dianggap gagal sekiranya ia gagal untuk breakout Key Support dan akan mulai meneruskan lagi kenaikan.
Target bullish jika breakout Key Resistance adalah 1.3850 atau ke sekitar 1.3900 bagi membentuk new HH. Jadi kesimpulannya, harga perlu breakout Key Support/neckline terlebih dahulu sebelum mecari peluang ‘short’. Sekiranya tidak breakout, GBP/USD akan kembali bullish tanpa melakukan deep retracement.