Matawang GBP terus mengukuh pada sesi pasaran Eropah semalam setelah laporan pekerjaan di UK yang dikeluarkan merekodkan bacaan yang positif. Pergerakan pada chart GBP/USD dilihat membuat kenaikan dari paras Magic Pivot semalam sehingga hampir menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Namun harga gagal membuat higher high yang baru ekoran ketidaktentuan Brexit masih membayangi matawang Sterling dalam pasaran semasa.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan di sekitar paras Magic Pivot 1.3183 dan menunjukkan sedikit penurunan harga sebelum beralih ke sesi pasaran Eropah. Jika harga terus didagangkan lemah berikutan USD kembali positif dengan sentimen pasaran semasa yang semakin pulih, harga berkemungkinan akan membuat penurunan menuju ke paras support 1.3131 (MagicS1) terlebih dahulu sebelum harga turun lebih rendah untuk menguji paras support 1.3084 (MagicS2). Sekiranya harga masih mampu breakout paras tumpuan harga tersebut, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support 1.3032 (MagicS3) seterusnya menguji paras 1.30000.
Sebaliknya, jika GBP kembali mendapat permintaan dalam pasaran, dilihat harga bakal membuat kenaikan menguji paras ketinggian harga semalam di resistance 1.3230 (MagicR1). Seterusnya, kenaikan harga bakal mencari paras ketinggian baru berkemungkinan ke paras resistance 1.3282 (MagicS2) mengatasi paras ketinggian harga pada Jumaat lepas. Harga yang meneruskan lonjakan untuk membuat higher high yang baru berpotensi untuk mencapai kenaikan sehingga ke paras resistance 1.3329 (MagicR3).
Pelabur sedikit berhati-hati dalam pasaran semasa berikutan isu Brexit, perang dagang dan pelbagai lagi isu global semasa yang bakal mempengaruhi sentimen dalam pasaran. Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin khususnya pada chart GBP/USD dan gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai pelengkap dalam analisis teknikal harian anda.
Paras support: 1.3131, 1.3084, 1.3032.
Paras resistance: 1.3230, 1.3282, 1.3329.