Secara pandangan teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Jumaat lalu telah kembali turun ke paras SBR (support become resistance) di paras 1.30700 setelah harga naik dan menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Paras ketinggian terbaru yang dicapai harga pada Jumaat lalu adalah yang tertinggi sejak awal Ogos lalu. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan perlahan dan bergerak sekitar paras RBS 1.30700 dan juga Magic Pivot 1.3088. Harga dilihat cuba membuat sedikit kenaikan pada sesi pasaran London di mana harga semasa berada di sekitar paras 1.30970 setakat jam 5 petang.
Kenaikan harga yang dibuat sepertinya menuju ke paras resistance 1.3121 (MagicR1). Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras ketinggian Jumaat lalu, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 1.3176 (MagicR2) sebelum harga berkemungkinan cuba untuk menguji paras major resistance 1.32000 di mana di situ juga terdapat satu resistance 1.3209 (MagicR3).
Sebaliknya, jika USD kembali menguat dan harga kembali bergerak di bawah paras Magic Pivot dan juga paras RBS 1.30700, harga dijangka akan turun ke paras support 1.3033 (MagicS1) dan support seterusnya yang terdekat di 1.3000 (MagicS2). Namun, jika harga masih didagangkan lemah, penurunan harga yang mungkin dicecah adalah pada paras support 1.2945 (MagicS3) atau lebih rendah lagi adalah pada paras zon major support pada 1.28000.
Ikuti perkembangan ketegangan perang dagang antara AS-China dan juga rundingan Brexit yang akan mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/USD ini. Perhatikan paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan pada chart anda.
Paras support: 1.3033, 1.3000, 1.2945.
Paras resistance: 1.3121, 1.3176, 1.3209.