Harga GBP/USD terus bullish selepas ia gagal untuk breakout Key Support sebelum ini yang berada pada harga 1.3740(analisis pada 17/1/18). Kenaikan tersebut berjaya mencapai target bullish iaitu ke sekitar harga 1.3900 lebih kurang 160 pips kenaikan dalam satu hari.
Jadi, jika diperhatikan ketika ini momentum bullish masih dikuasai. Walaubagaimanapun, ia berpotensi melakukan patten bearish ‘double top’ atau retracement penurunan jika gagal untuk breakout Key Resistance harian 1.3930 ini. Peluang untuk ‘short’ dengan risiko yang minimum dan target terhampir adalah ke sekitar Key Support 1.3830/20.
Walaubagaimanapun, jika ia breakout terus Key Resistance ini, GBP/USD akan bullish dan mencapai ke level resistance seterusnya iaitu ke sekitar harag 1.4014/00 bagi membentuk new HH.