Aksi menarik kembali dilihat pada pergerakan harga bagi matawang GBP khususnya pasangan matawang GBP/USD. Sebelum ini, pergerakan harga pada chart GBP/USD ini dilihat membuat kenaikan dan penurunan yang drastik dalam masa beberapa jam sahaja. Kemudian, pada dagangan semalam, harga kembali membuat lonjakan sehingga 140 pips dari paras Magic Pivot. Ketegangan dalam rundingan Brexit yang kembali reda memberi impak positif terhadap matawang sterling. Harga dilihat telah melonjak ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Paras ketinggian terbaru dicapai harga semalam pada paras sekitar 1.3295 sebelum mula membuat sedikit penurunan.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan dan awal sesi dagangan Eropah melihatkan harga sedikit menurun ke paras Magic Pivot 1.3232 berkemungkinan faktor pelabur yang mengambil untung pada posisi belian matawang GBP semalam. Jika harga terus membuat penurunan, harga dijangka akan menuju ke paras support 1.3167 (MagicS1) yang juga dilihat sebagai zon RBS (resistance become support). Jika harga dilihat cuba membuat Lower Low yang baru, berkemungkinan harga akan menguji dahulu paras support pada 1.3067 (MagicS2) sebelum paras yang menjadi tumpuan seterusnya adalah pada support 1.3003 (MagicS3).
Namun, jika harga kembali meneruskan momentum kenaikannya, jangkaan harga akan membuat Higher High yang baru dan paras yang dilihat berpotensi untuk dicapai harga adalah pada paras resistance 1.3332 (MagicR1) dan seterusnya ke paras resistance 1.3397 (MagicR2). Atau jika harga terus mencari paras ketinggian yang baru, paras yang dijangka dituju harga adalah pada paras resistance 1.3497 (MagicR3) di mana paras tersebut telah melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Jun lalu.
Terus pantau proses rundingan Brexit yang banyak mempengaruhi matawang GBP serta sentimen pasaran semasa. Pastikan trading anda terkawal dan boleh gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan pada analisis teknikal anda.
Paras support: 1.3167, 1.3067, 1.3003.
Paras resistance: 1.3323, 1.3397, 1.3497.