Matawang GBP kembali tergugat selepas kerajaan membangkitkan semula kebimbangan terhadap matawang tersebut jika Britain meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa bersetuju dengan perjanjian perdagangan baru. Matawang GBP dilihat kembali terbeban dengan isu tersebut yang berlarutan dan dilihat berisiko oleh para pelabur.
Matawang USD pula dilihat terus mendominasi pasaran mengatasi matawang utama yang lain setelah menguat sejak semalam ekoran minit mesyuarat mengenai kenaikan kadar faedah di US. Turut menyokong kekuatan nilai USD juga, beberapa ahli FED menyatakan bahawa kritikan Trump sebelum ini tidak akan menjejaskan penetapan polisi monetari oleh bank pusat.
Secara teknikal, harga bagi pasangan matawang GBP/USD menunjukkan penurunan yang ketara semalam selepas USD menguat dan menekan harga ke paras yang lebih rendah.
Harga masih berada di bawah resistance 1.29300 dan penurunan semalam ke paras 1.28000 telah menembusi garisan Moving Average 100 (MA100). Harga dilihat bergerak perlahan sejak awal sesi pasaran Asia dibuka pagi ini walaupun membuat sedikit kenaikan yang lemah. Jika harga menyambung penurunannya, tumpuan adalah pada paras support 1.27400 dan jika harga mampu menembusi(breakout) paras tersebut, support seterusnya yang mungkin dicapai adalah pada paras 1.26600.
Namun, jika harga membuat kenaikan, resistance yang bakal diuji adalah pada resistance sebelum ini iaitu di paras 1.29300. Terus ikuti perkembangan semasa isu Brexit serta kenyataan dari Trump yang mampu menggerakkan harga bagi GBP/USD.
Paras support: 1.27668, 1.27280, 1.26524.
Paras resistance: 1.28812, 1.29568, 1.29956.