Ketidaktentuan rundingan Brexit dalam pasaran semasa masih membimbangkan para pelabur dan dengan itu memberi kesan buruk terhadap nilai matawang Sterling. Namun, ketidaktentuan dalam pasaran memberi kelebihan pula kepada matawang USD untuk kembali mengukuh berbanding majoriti matawang utama yang lain. Dilihat daripada pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD, harga telah membuat penurunan selepas gagal naik lebih tinggi dari paras Magic Pivot semalam sehingga harga telah breakout paras support 1.29300 dan penurunan telah mencecah paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lemah pada permulaan sesi namun dilihat cuba untuk membuat sedikit kenaikan dan menguji paras Magic Pivot 1.2910 hari ini. Jika GBP terus didagangkan lemah hari ini ditambah pula tekanan yang diberikan oleh USD, harga bakal menyambung semula penurunan harga yang dibuat semalam menuju ke paras support 1.2832 (MagicS1). Kemudiannya harga dijangka akan cuba menguji pula paras support 1.2787 (MagicS2) di mana paras itu terakhir kali dicapai harga adalah pada September yang lalu. Seterusnya, harga bakal membuat paras lower low yang baru berkemungkinan sehingga ke paras serendah 1.2708 (MagicS3).
Namun, jika sebaliknya yang berlaku dalam pasaran, harga boleh membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance 1.2955 (MagicR1) yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance). Seterusnya, harga akan menguji pula paras ketinggian harga yang dicapai pada Selasa lalu iaitu pada paras resistance 1.3034 (MagicR2) dan jika harga berjaya breakout paras ini, harga akan meneruskan lagi kenaikan dan menuju ke zon SBR seterusnya iaitu pada paras 1.3078 (MagicR3).
Terus ikuti rundingan Brexit dan juga krisis bajet Itali yang turut memberi impak kepada pergerakan harga pada chart GBP/USD ini. Tentukan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart GBP/USD dengan berpandukan kepada indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 1.2832, 1.2787, 1.2708.
Paras resistance: 1.2955, 1.3034, 1.3078.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI