Perkembangan rundingan Brexit masih berada di tahap yang positif di mana proses rundingan dilihat optimis berada di landasan yang betul. Namun, tumpuan seterusnya adalah kepada undian Parlimen terhadap pelan Brexit Theresa May yang akan diadakan pada pertengahan Disember nanti. Oleh itu, dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD untuk dagangan Isnin semalam, harga membuat kenaikan sejak awal sesi dagangan Asia bermula lagi. Namun, harga kemudiannya menunjukkan penurunan yang berlaku disebabkan faktor dollar USD yang mengukuh berikutan sentimen pasaran yang kembali berisiko menekan semula harga ke paras lebih rendah. Kenaikan harga dilihat melepasi paras Magic Pivot dan menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum harga turun bergerak rendah semula dari paras Magic Pivot.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan dan mendatar lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2819 sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga gagal melepasi paras Magic Pivot hari ni, harga berkemungkinan menyambung momentum penurunan yang dibuat semalam dan menuju ke paras support 1.2776 (MagicS1) di sekitar paras harga membuat lonjakan drastik minggu lalu. Sedikit lagi penurunan harga akan menguji pula paras support 1.2749 (MagicS2) dan jika harga terus mengalami kejatuhan, harga berkemungkinan akan ke paras sekitar 1.2706 (MagicS3) untuk menguji zon major support pada chart GBP/USD yang diuji harga pada penghujung Oktober lalu.
Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot, paras resistance 1.2846 (MagicR1) akan menjadi destinasi awal kenaikan harga sebelum lonjakan harga seterusnya berpotensi mencapai paras ketinggian di sekitar resistance 1.2889 (MagicR2). Seterusnya, harga akan menguji pula paras lonjakan harga pada minggu lalu di paras ketinggian 1.2916 (MagicR3) jika kenaikan harga masih berjaya dikekalkan.
Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga data-data ekonomi global dalam memantau pergerakan harga pada chart GBP/USD. Lihat indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan anda dalam mendapatkan hasil analisis teknikal yang lebih berkualiti.
Paras support: 1.2776, 1.2749, 1.2706.
Paras resistance: 1.2846, 1.2889, 1.2916.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI