Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam terus membuat penurunan setelah USD dilihat terus mengukuh dan menekan harga lebih rendah mengambil kesempatan terhadap GBP yang agak goyah dengan ketidaktentuan rundingan Brexit buat masa sekarang. Harga dilihat telah turun dari paras Magic Pivot sejak awal sesi pasaran Asia semalam dan telah turun melepasi support MagicS1 dan MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line sehingga harga mencecah paras major support di 1.30700.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan pada permulaan sesi namun, harga kembali ditekan semula pada awal sesi pasaran Eropah di mana harga kembali menguji paras support 1.30700 setakat jam 3.13 petang. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan membuat penurunan ke paras support 1.3039 (MagicS1) dan kemudiannya akan menuju ke paras support 1.3003 (MagicS2) jika harga terus didagangkan rendah. Seterusnya, jika momentum penurunan masih kuat, harga berkemungkinan boleh melepasi (breakout) paras major support 1.29800 sebelum mencecah ke paras serendah 1.2933 (MagicS3).
Sebaliknya, jika GBP kembali melonjak berkemungkinan atas faktor data GDP (KDNK) di UK yang akan dikeluarkan pada 4.30 petang ini mencatatkan bacaan yang positif, harga mungkin kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.3109 terlebih dahulu sebelum menuju ke paras resistance 1.3144 (MagicR1). Kemudiannya, kenaikan harga akan diteruskan ke paras resistance seterusnya yang dilihat berada pada paras 1.3214 (MagicR2) di mana paras tersebut adalah paras yang gagal harga tembusi semasa FED mengumumkan kenaikan kadar faedah awal pagi semalam sebelum harga jatuh menjunam. Dan resistance terdekat juga dilihat berada pada paras 1.3250 (MagicR3) berpotensi untuk dicapai harga jika kenaikan masih diteruskan.
Pasaran menunggu data GDP(KDNK) di UK yang akan dikeluarkan pada 4.30 petang di mana data ini bakal memberikan impak terhadap nilai matawang GBP dalam pasaran semasa. Pantau juga isu rundingan Brexit yang mempengaruhi arah kecenderungan harga pada chart GBP/USD ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk rujukan dalam analisis teknikal anda.
Paras support: 1.3039, 1.3003, 1.2933.
Paras resistance: 1.3144, 1.3214, 1.3250.