Selain daripada tertekan dengan ketidaktentuan Brexit yang berlarutan, matawang Sterling terus dihimpit tekanan setelah agensi penarafan kredit Standard & Poor berkata ‘no-deal’ Brexit bakal membawa Britain ke arah kemelesetan. Tambahan pula, penganalisis pasaran percaya kelemahan nilai matawang GBP turut didorong oleh aliran keluar pelabur menjelang mesyuarat dasar monetari oleh Bank of England (BOE) pada Khamis ini dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan. Dengan itu, USD yang mengukuh dengan keadaan pasaran risk-off mengambil kesempatan untuk terus menekan harga pada chart GBP/USD ke paras lebih rendah mengatasi paras low Jumaat lalu. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga melepasi ketiga-tiga support dan menuju ke paras major support yang diuji harga pada Ogos lalu sekitar paras 1.26900.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, pergerakan harga sangat perlahan pada permulaan sesi dengan julat antara 10 pips sahaja di sekitar paras harga 1.27000 lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2735 hari ini. Jika USD berjaya menekan harga ke paras lebih rendah lagi, berkemungkinan harga akan menguji paras terendah yang dicapai Ogos lalu di sekitar paras support 1.2661 (MagicS1). Dan jika harga berjaya turun lebih rendah melepasi paras tersebut, harga bakal mencari paras lower low yang baru dan dilihat akan menuju ke paras support 1.2618 (MagicS2). Sekiranya matawang Sterling yang lemah terus mengekalkan momentum penurunan harga, paras support yang lebih rendah iaitu pada 1.2543 (MagicS3) dilihat bakal dicecah harga.
Sebaliknya, jika harga dilihat gagal menembusi major support 1.26900 dan matawang Sterling kembali mengukuh berbanding USD semula, berkemungkinan harga akan melonjak melepasi paras Magic Pivot 1.2735 dan menuju ke paras resistance 1.2778 (MagicR1) sebelum harga menguji pula paras SBR (support become resistance) sekitar paras 1.27900 berhampiran. Kenaikan harga yang diteruskan kemudiannya dijangka akan menguji paras resistance 1.2853 (MagicR2) yang merupakan paras ketinggian harga pada Isnin. Dan seterusnya, paras resistance yang berada di 1.2896 (MagicR3) dijangka bakal dicapai harga jika isu rundingan Brexit kembali jernih semula untuk menyokong GBP mengukuh dan memberi keyakinan terhadap pelabur.
Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa dalam anda memantau pergerakan harga pada chart GBP/USD. Gunakan indicator Moshed Magic Line pada chart GBP/USD untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.
Paras support: 1.2661, 1.2618, 1.2543.
Paras resistance: 1.2778, 1.2853, 1.2896.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI