Perkembangan isu Brexit dilihat masih berada dalam suasana yang bergelora dengan pasaran masih menanti keputusan undian Parlimen terhadap pelan perjanjian Brexit Theresa May 11 Disember ini. Namun pada dagangan semalam, pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD menunjukkan Sterling berjaya mengukuh sedikit berbanding USD dan membuat kenaikan dari paras support 1.26900 dan telah melepasi paras Magic Pivot menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum kembali membuat penurunan semula. Harga kemudiannya bergerak perlahan di sekitar paras Magic Pivot sehingga dagangan sesi New York berakhir.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih bergerak perlahan dan dilihat berada di bawah paras Magic Pivot 1.2733. Jika harga kembali membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga dilihat akan menguji semula paras ketinggian harga semalam pada resistance 1.2795 (MagicR1). Kemudian, sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut dan naik lebih tinggi, paras tumpuan harga pada 1.2858 (MagicR2) dilihat akan menjadi destinasi tujuan harga yang seterusnya. Harga akan menguji dahulu paras tersebut dan jika harga dilihat masih meneruskan kenaikan lebih tinggi, jangkaan harga akan mencapai paras ketinggian pada resistance 1.2921 (MagicR3) yang merupakan paras SBR (support become resistance).
Sebaliknya, jika harga terus didagangkan ke paras lebih rendah dengan matawang Sterling yang terus mengalami kejatuhan nilainya, harga berkemungkinan akan turun melepasi paras support semasa pada 1.2690 dan menuju ke paras 1.2669 (MagicS1). Harga yang terus menyambung penurunan dijangka akan ke paras support yang lebih rendah di sekitar paras 1.2607 (MagicS2) sebelum penurunan seterusnya boleh mencecah sehingga ke paras serendah 1.2543 (MagicS3).
Terus ikuti perkembangan pada rundingan Brexit dan berwaspada pada dagangan penghujung minggu menjelang data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan malam esok. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam setiap analisis teknikal harian anda.
Paras support: 1.2669, 1.2607, 1.2543.
Paras resistance: 1.2795, 1.2858, 1.2921.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI