Matawang GBP masih dilihat didagangkan positif dalam pasaran semasa dengan faktor keyakinan para pelabur semakin meningkat terhadap rundingan Brexit yang dilihat akan mencapai persetujuan dalam masa yang terdekat. Dengan itu, pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD menunjukkan kenaikan harga dengan Sterling yang berjaya mengambil kesempatan ke atas nilai USD yang sedikit terjejas ekoran ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat selepas berakhirnya pilihanraya kongres di sana semalam. Harga yang pantul ke paras Magic Pivot semalam kembali meneruskan kenaikan sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line pada dagangan semalam sebelum USD cuba menekan sedikit harga dengan tumpuan pelabur mula terarah kepada mesyuarat FOMC pada pagi Jumaat nanti.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak sangat perlahan dan mendatar di paras Magic Pivot 1.3124 sejak awal sesi bermula sehingga menjelang ke sesi pembukaan pasaran Eropah. Jika harga USD gagal menekan harga lebih rendah, jangkaan harga akan menyambung semula kenaikan harga dan dilihat akan menuju ke paras resistance 1.3175 (MagicR1) terlebih dahulu untuk harga menguji paras ketinggian yang dicapai semalam. Seterusnya, kenaikan harga yang masih diteruskan bakal menuju ke paras resistance 1.3225 (MagicR2) sebelum harga naik menguji paras resistance yang lebih tinggi iaitu pada 1.3276 (MagicR3) di mana paras-paras tersebut berada pada zon paras ketinggian harga sebelum ini iaitu pada September dan Oktober.
Namun, jika rundingan Brexit memberikan gambaran negatif semula terhadap pasaran serta mesyuarat FOMC yang menyokong pengukuhan USD, besar kemungkinan harga bakal menjunam semula menuju ke paras support 1.3074 (MagicS1) terlebih dahulu sebelum menguji paras RBS (resistance become support) pada 1.30400. Harga yang dijangka akan meneruskan lagi penurunan selepas berjaya breakout paras tersebut akan menuju pula ke paras support pada 1.3023 (MagicS2) sebelum penurunan harga seterusnya boleh mencecah sehingga ke paras 1.2972 (MagicS3).
Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang terus mempengaruhi perubahan nilai matawang GBP dalam pasaran. Kawal posisi dagangan anda menjelang mesyuarat FOMC awal pagi esok yang berkemungkinan memberi impak besar terhadap pergerakan harga terutamanya pada pasangan matawang USD. Gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal harian anda pada chart GBP/USD.
Paras support: 1.3074, 1.3023, 1.2972.
Paras resistance: 1.3175, 1.3225, 1.3276.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI