Harga minyak mentah dalam pasaran mengalami kejatuhan berikutan tinjaun Reuters mendedahkan pengeluaran minyak oleh OPEC semakin meningkat sekaligus akan memberi kesan terhadap nilai matawang Loonie. Selain itu, pasaran akan tertumpu juga terhadap data pekerjaan di Kanada pada Jumaat ini yang menjangkakan bacaan yang rendah ekoran daripada data IVEY PMI Kanda yang mencatatkan penurunan pada indeks pekerjaan yang terbaru. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk dagangan semalam, harga berjaya dilonjakkan dari paras Magic Pivot sehingga mencapai paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sekaligus mengatasi paras ketinggian harga pada Jumaat lalu.
Namun, pada sesi dagangan hari ini pula, harga dilihat membuat penurunan sejak awal sesi pasaran Asia bermula bersambung ke sesi pasaran Eropah dengan harga telah turun melepasi paras Magic Pivot 1.3145 hari ini dan menuju ke paras support pada 1.3120 (MagicS1) yang berada pada zon tumpuan harga. Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah melepasi paras support tersebut, jangkaan harga akan mencecah penurunan sehingga ke paras 1.3082 (MagicS2) yang merupakan paras support harga sebelum ini. Paras support pada 1.3057 (MagicS3) pula dilihat sebagai destinasi dituju harga seterusnya jika penurunan harga masih berjaya diteruskan.
Sebaliknya, jika harga berjaya kembali membuat kenaikan semula, paras resistance pada 1.3184 (MagicR1) adalah paras awal yang dilihat akan menjadi tumpuan. Seterusnya, harga akan meneruskan lagi kenaikan menuju pula paras resistance pada 1.3209 (MagicR2) sebelum kenaikan harga boleh mencapai sehingga ke paras ketinggian harga sekitar 1.3247 (MagicR3) jika matawang CAD terus didagangkan lemah.
Kawal posisi dagangan anda pada chart pasangan matawang USD/CAD menjelang data pekerjaan pada kedua-dua negara ini iaitu Kanada dan Amerika pada Jumaat ini. Sentiasa mengutamakan kawalan risiko pada setiap dagangan dan bagi analisis teknikal pula, sesuaikan indicator Moshed Magic Line pada chart USD/CAD untuk mendapatkan analisis harian yang berkualiti.
Paras support: 1.3120, 1.3082, 1.3057.
Paras resistance: 1.3184, 1.3209, 1.3247.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI