Lonjakan harga yang dilakukan pada Rabu tidak mampu dikekalkan pada dagangan semalam oleh pasangan matawang USD/CAD ekoran USD yang lemah terkesan daripada hasil bon AS yang meningkat. Namun begitu, dollar CAD yang tidak begitu begitu mendapat permintaan dalam pasaran semasa dilihat gagal untuk menekan harga ke paras lebih rendah di mana harga dilihat hanya turun ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam selepas menguji paras resistance 1.30700.
Pada awal sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan dan naik sedikit untuk menguji paras Magic Pivot 1.3038 sebelum harga kelihatan membuat penurunan menuju ke paras support 1.3004 (MagicS1). Jika harga berjaya melepasi paras tumpuan harga tersebut, jangkaan harga akan membuat penurunan menuju ke paras support yang berada lebih rendah iaitu pada 1.2981 (MagicS2). Sekiranya, momentum kejatuhan harga masih dikekalkan, harga boleh turun sehingga mencecah ke paras support 1.2947 (MagicS3).
Namun, jika harga kembali melonjak semula untuk meneruskan kenaikan yang dibuat sebelum ini, harga dilihat akan menguji paras resistance pada 1.3061 (MagicR1) yang berada pada zon paras yang diuji harga beberapa kali sebelum ini dan juga semalam. Jika harga berjaya menembusi paras tersebut, jangkaan harga akan meneruskan lagi kenaikan sehingga ke paras resistance 1.3095 (MagicR2) untuk membuat Higher High yang baru. Seterusnya jika harga masih mampu melonjakkan lagi ke paras lebih tinggi, paras resistance 1.3118 (MagicR3) dilihat paras seterusnya yang berpotensi untuk dicapai harga.
Kenalpasti isu-isu semasa yang mempengaruhi pergerakan matawang Loonie dalam pasaran. Lihat juga paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan berpandukan kepada indicator Moshed Magic Line yang dikongsikan untuk anda.
Paras support: 1.3004, 1.2981, 1.2947.
Paras resistance: 1.3061, 1.3095, 1.3118.