Penurunan harga diteruskan pada pasangan matawang USD/CAD semalam ekoran matawang CAD yang positif dengan isu NAFTA opitimis dan juga harga minyak mentah yang melonjak. Harga dilihat membuat penurunan ke paras support MagicS1 dan kembali naik semula ke paras Magic Pivot semalam sebelum menyambung penurunan ke paras support MagicS2. Juga harga telah menyentuh paras major support di 1.29000 sebelum harga mula bergerak perlahan. Sejak sesi pasaran Asia dibuka sehingga ke sesi pasaran Eropah, pergerakan harga sangat perlahan setakat julat 10 pips bergerak hampir pada paras major support 1.29000.
Jika harga menyambung semula penurunan yang dibuat, harga bakal membuat Lower Low yang baru berkemungkinan di paras support 1.2881 (MagicS1) atau lebih rendah lagi pada paras support 1.2832 (MagicS2). Di situ juga dilihat terdapat satu zon paras tumpuan harga sebelum ini iaitu 1.28150 dan jika harga masih melepasi paras tersebut, harga berpotensi untuk mencecah paras serendah 1.2766 (MagicS3).
Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan dan berjaya breakout paras SBR (support become resistance) 1.29800 sebelum ini, harga dilihat akan melepasi paras resistance 1.2997 (MagicR1) dan menuju ke paras resistance 1.3063 (MagicR2) yang berdekatan dengan paras RBS yang lebih tinggi iaitu pada zon harga 1.30700. Jika harga meneruskan kenaikannya lagi, paras resistance 1.3113 (MagicR3) dilihat sebagai paras yang akan menjadi tumpuan harga.
Ikuti pasaran minyak mentah dunia dan juga rundingan NAFTA yang memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart USD/CAD ini. Tentukan paras-paras posisi trade yang sesuai dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 1.2881, 1.2832, 1.2766.
Paras resistance: 1.2997, 1.3063, 1.3113.