Matawang CAD didagangkan lemah pada sesi dagangan semalam dengan beberapa faktor yang menyumbang kepada kemerosotan nilai matawang Loonie itu. Antaranya adalah faktor pasaran harga minyak mentah yang terjejas ekoran risiko geopolitik yang melibatkan AS dan Arab Saudi. Sementara itu, penganalisis pasaran berpendapat Bank of Canada (BOC) bakal menaikkan kadar faedah kali ketiga tahun ini namun data ekonomi di Kanada yang perlahan menjangkakan kadar kenaikan faedah berkemungkinan tidak akan dipercepatkan oleh BOC. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat agak mendatar dengan matawang USD turut didagangkan bercampur-campur pada dagangan semalam dan bergerak di sekitar paras Magic Pivot.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan di bawah paras Magic Pivot 1.3094 pada permulaan sesi, namun cuba membuat penurunan menguji paras RBS (resistance become support) 1.30700 sebelum membuat kenaikan semula menuju ke paras Magic Pivot. Harga semasa didagangkan di sekitar paras 1.30840 setakat jam 3.14 petang. Jika harga dilihat gagal membuat kenaikan lebih tinggi, jangkaan harga bakal membuat penurunan melepasi paras support 1.3065 (MagicS1) yang turut berada pada zon RBS. Kemudiannya, harga yang menyambung penurunan bakal menuju ke paras support pada 1.3047 (MagicS2). Seterusnya, harga yang terus cuba membuat paras lower low yang baru berpotensi untuk turun ke paras support yang lebih rendah yang dilihat berada pada paras 1.3018 (MagicS3).
Sebaliknya, jika USD kembali mengukuh semula dan mengambil kesempatan di atas kelemahan matawang Loonie, harga berkemungkinan bakal melonjak tinggi semula di mana paras awal yang dilihat akan dituju harga terlebih dahulu adalah pada 1.3111 (MagicR1). Seterusnya, harga yang meneruskan lonjakan bakal mencari paras ketinggian baru berkemungkinan ke paras 1.3140 (MagicR2). Seterusnya, paras resistance yang sedikit tinggi iaitu berada di paras 1.3158 (MagicR3) turut menjadi tumpuan harga sekiranya harga masih mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat.
Pantau pasaran minyak mentah dan juga isu geopolitik AS-Arab Saudi yang banyak memberi impak kepada perubahan nilai untuk matawang dollar CAD. Kawal posisi dagangan anda pada chart USD/CAD menjelang pengumuman kenaikan kadar faedah oleh BOC malam ini. Tandakan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan posisi dagangan di paras yang terbaik.
Paras support: 1.3065, 1.3047, 1.3018.
Paras resistance: 1.3111, 1.3140, 1.3158.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI