Menghampiri hari-hari terakhir dagangan untuk tahun 2018 ini, pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD masih belum berhenti untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk dagangan tahun ini. Faktor nilai matawang dollar USD dan juga kemerosotan pasaran minyak mentah global terus memberi impak besar terhadap dagangan Loonie pada tahun ini. Harga pada chart USD/CAD untuk sesi dagangan semalam menunjukkan harga sekali lagi membuat lonjakan mengatasi paras ketinggian sebelum ini di mana kenaikan harga telah mencapai paras ketinggian terbaru sehingga ke paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali pantul semula pada penghujung sesi dagangan New York.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga bergerak mendatar pada paras Magic Pivot 1.3616 hari ini sejak awal sesi Asia bermula bersambung sehingga sesi pasaran Eropah dibuka. Jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah semula dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dijangka akan dituju harga adalah pada support 1.3569 (MagicS1). Penurunan seterusnya yang diteruskan berkemungkinan akan menuju ke sekitar paras 1.3521 (MagicS2) sebelum harga turun lebih rendah dan berpotensi untuk mencecah paras support yang berada di 1.3474 (MagicS3).
Namun jika harga masih belum mengalah untuk mencatatkan paras ketinggian yang terbaru lagi pada dagangan hari ini, harga dilihat akan menguji dahulu paras ketinggian yang dicapai semalam sekitar resistance 1.3665 (MagicR1). Dan jika harga berjaya tembusi paras tersebut, paras ketinggian yang terbaru bakal dicatatkan lagi dan kali ini berkemungkinan harga menuju ke paras sekitar resistance 1.3711 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan yang masih diteruskan bakal mencapai paras sehingga 1.3760 (MgicR3).
Terus pantau perkembangan pasaran minyak mentah yang dilaporkan terus mengalami kemerosotan sehingga penghujung 2018 ini. Pantau posisi dagangan anda pada chart USD/CAD dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam analisis teknikal seharian anda.
Paras support: 1.3569, 1.3521, 1.3474.
Paras resistance: 1.3665, 1.3711, 1.3760.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI