Tumpuan pasaran minggu ini dijangka lebih terarah terhadap ketegangan perang dagang bagi pasaran menilai pengukuhan matawang USD.
USD dilihat positif ekoran dari momentum dari minggu lalu di mana kesepakatan yang tercapai bersama Mexico dalam perjanjian NAFTA namun rundingan Amerika Syarikat bersama Kanada pada Jumaat lalu masih belum mendapatkan kata muktamad dan akan bersambung pada minggu ini.
Dalam isu berlainan, siri serangan tarif kembali hangat di mana pentadbiran kerajaan Trump sedang bersedia untuk mengenakan tarif baru terhadap barangan import dari China seterusnya para pelabur menjangkakan sentimen pasaran kembali dalam keadaan berisiko (risk-off).
Matawang CAD pula dijangka bakal didagangkan lemah minggu ini berikutan tiada persetujuan dalam rundingan perdagangan di antara Kanada dan Amerika Syarikat pada Jumaat lalu. Isu NAFTA yang berlarutan ini akan memberi kesan buruk dan membuatkan nilai matawang Loonie itu terus terkesan. Tambahan lagi, faktor lain yang memberi tekanan terhadap CAD adalah ekonomi di Kanada yang berkembang pada kadar yang perlahan daripada ramalan pada suku kedua, seterusnya menjangkakan Bank of Canada (BOC) bakal mengekalkan kadar faedah yang sedia ada pada mesyuarat minggu ini.
Secara teknikal, pergerakan harga minggu lalu bagi pasangan matawang USD/CAD dilihat membuat kenaikan dari paras support 1.29000 sejak Khamis lepas sehingga paras tertinggi dicapai Jumaat lalu iaitu pada paras 1.30870.
Namun harga didagangkan perlahan sejak sesi pasaran Asia dibuka hari ini dimana pergerakan julat harga kurang daripada 30 pips dan harga semasa berada di zon support 1.30500 setakat jam 3.50 petang. Jika matawang USD mengekalkan pengukuhannya, jangkaan harga bakal melonjak lebih tinggi dan akan menguji paras resistance 1.31700. Namun, jika harga membuat penurunan ke bawah, paras support yang terdekat adalah pada paras 1.29600 dan jika harga berjaya menembusinya (breakout), support seterusnya adalah pada paras support minggu lalu iaitu pada 1.29000.
Pasaran akan tertumpu terhadap berita-berita berkenaan perang dagang serta isu-isu melibatkan Presiden Trump dan ekonomi besar dunia yang lain yang bakal mempengaruhi pergerakan besar dalam pasaran.
Paras support: 1.29714, 1.29017, 1.28437.
Paras resistance: 1.30991, 1.31571, 1.32268.